Sabtu, 04 Juni 2011

Main Game Nintendo Wii di PC

Emulator ialah program yang ditulis untuk membolehkan pengguna komputer memainkan game dari konsol game seperti Wii/Gamecube/PS2/DS/GBA/Neo-Geo/DC/Snes dan banyak lagi. Sejak lebih dari 10 tahun yang lepas, saya amat berminat bermain game menggunakan emulator, pada masa itu saya banyak menghabiskan masa bermain game Snes, Megadrive dan PC-engine. Selepas snes, saya bermain pula game neo-geo seperti KoF, Samurai Showdown, Last Blade, Metal Slug dan juga game CPS2 iaitu Street Fighter Alpha 1,2,3 dll.
Sehingga sekarang saya masih lagi minat bermain game menggunakan emulator. Kali ini saya akan menulis mengenai emulator untuk konsol generasi moden yang boleh anda download dan guna secara percuma.

1. Dolphin – Gamecube dan Wii emulator

image
Menggunakan dolphin, anda boleh bermain game gamecube dan wii di PC anda. Anda memerlukan game dalam DVD atau dalam bentuk ISO untuk memainkan sesuatu game itu. Dolphin juga mempunyai sokongan ke atas Wiimote dan Sensor Bar original untuk Wii membolehkan anda mempunyai pengalaman motion-sensing seakan-akan menggunakan konsol asal.
Untuk menggunakan Dolphin, spesifikasi processor, ram dan graphic card anda mestilah “power” baru dapat bermain dengan kelajuan penuh 60fps.
Jika menghadapi masalah, sila join forum mereka.

0 komentar:

Posting Komentar

 
;